Never too late to sedar diri ;P

pandai2 jer aku amend pepatah "Never Too Late To Do The Right Thing" ;P
tapi sesuai la ungkapan tu ngan aku yg x bper nk sedar diri ni. seru tu dh sampai banyak kali, tapi setakat sayu2 dalam hati azam tak kemana jugak.

blog ni aku create sebagai tanda aras my journey shedding away 30kg. gila banyakkkkk T_T
memang perlu pun supaya aku nampak apa yg silap and keep motivated..



berat sblm kawen ages ago 45-46kg jer sesuai dgn ketinggian aku 155cm. tapi sblm tu aku gempal2 gak time sekolah. nampak kurus tp dr perut ke peha mak aiiiii.. segan nk dok atas meja atau batu. boleh nmpk peha aku melebar mcm sampan! aku memang kuat makan. nak pulak mak aku memang pakar masak. aku ingat lagi masa form 3 nak PJ, kami maleh tukar baju kat toilet. just tutup tingkap and tukar baju cepat2. sorang kawan aku tegur "eh shida.. perut ko gendut ye?" ya rabbiiiii.. rasa nk nyorok bwh meja. tp time tu tak reti nk buat azam baru, instead I felt pissed and hated her. (tak sangka minah sengal tu dh jd cikgu sekarang ;P)

masa kurus 45kg pun punggung n peha ketara lg. payah nk cari size jeans. pinggang kecik tp montot besar. tp tu la asset berharga aii.. hahhaa..

oh lupa.. ms sekolah sampai college aku memang active sukan. badminton, hockey, volleyball, merentas desa, 800mtr even lontar cakera bagai. tiap2 tahun ada jer medal.. haaa.. ni la salah satu sebab musabab nya jugak. bila dah tak active metabolisme super duper low, start la penternakan lemak dengan jayanya dlm badan.

lepas kawen graf berat aku cantek jer mendaki. mencik! >o<
ada la join gym 2tahun. fit sekejap tp payah nyer la hai nk turun berat esp tang peyut nih. masa tu walaupun bayor personal trainer, sayang nya knowledge tentang diet sgt limited dan clichΓ©. ikutkan training yg PT aku bg tu sgt2 bagus sampai lari2 ke toilet kencing bper kali lah dek detoxnya. tp 3times a week kat gym tanpa diet yg betul sgt2 merugikan. percaya la cakap kak ton..tetiber ;P. sudahnya mula la demotivated and lastly aku unsubscribed. lg pun bosan tgk badang2 perasan kat gym (mana2 pun sama) hahah..

ok and then sedar2 mak dah masuk angka 40 last May. sblm tu x rasa tergugat langsung n tak sabar2 nk 40, caya tak? then suddenly incident demi incident yg tak best aku alami. badan manjang letih la, emo la and aku jd pemalas nk gerak. malas nk cari job pd hal biz aku tahun ni merundum. aku pujuk hati aku psl angka 40 tu. serius aku rasa 60 instead of 40. segala2nya meletihkan. nak layan laki pun malas. ni satu lg hal. laki aku sebaya aku. tapi biasa la org lelaki pas 40 lg ganteng ;P. and memang laki aku ni tinggi handsome orangnya. masalah aku buat aku sangat2 merendah diri. sampai malu nk bagi dia sentuh aku. ye la dulu baru kawen peluk pinggang kecik jer. now kalo tidur ngiring melimpah2 perut atas katil. bila dia peluk pinggang aku tepis pelan2. hahahaha...

aku serabut2 fikirkan mcm2 mslh (kebetulan ayah kesayangan sakit masuk spital pulak). aku hilang focus tak tau mana nk attend dulu. pd hal aku banyak potential job and products tapi mcm tak tau nk buat apa. omputeh kata dah hit the wall. entah macam mana, tengah belek2 forum kecantikan, baca la psl dilemma pompuan2 desperate nk kurus. wah best bila tau ada orang lain miserable sama. hahahahahha(gelak jahat). saat tu jugak aku paksa diri aku buat sesuatu. aku tak plan pun misi kurus ni sebab dah bertahun frust kan. tapi, Allah maha kaya.. dia bagi aku hal yg buat aku lupa masalah lain. patutnya aku focus prob biz aku kan, tp hati aku seperti suruh aku take care of myself first. maybe it's time to focus on my well-being and give everything else a break. dah 5tahun aku keje non-stop and Alhamdulillah banyak jugak target aku dah capai.

masa 1st entry ni aku type, dah 10hari pun program aku jalan. ok perjalanan tu akan aku ceritakan kat entry seterusnya. bismillah....

Comments