On your mark..get set..slimmmmm!! ;P

Hahahahah.. poyo tul title. Kan best kalo betul2.. lari2 jer kuruih. Dushh!

Okay serius.. Ala.. plan aku ni bukan la special atau baru. Dah bertahun2 dan berjuta orang seluruh dunia buat dan berjaya (kalo ikut betul2 hokay..). Aku sedang mencuba Atkins Diet. Hehe.. Started on 27October 2014. Hari ni kiranya dah 12hari aku dalam induction phase. Alhamdulillah so far lancar walaupun ada terkucil sikit especially selalu lupa sos cicah2 utk kerang bakar semua tu ada gula. Oh.. maaf di sini aku tak elaborate Atkins Diet ni secara detail. Full info tentang AD ni banyak kat online. Sebab aku pun tak plan nak follow diet ni lama2. Just nak jump start lemak tepu ni sikit supaya pantas sikit pecah temboknya. Hahahaha..

Basically, Atkins Diet memerlukan kita kurangkan pengambilan carbo setakat 20g sahaja sehari (masa induction phase). Bunyi macam seksa sebab tak dapat makan nasi, mi, pasta, makanan berasas tepung and yang paling menguji aku kopi. Huhuuuu.. Aku tak ralat part manis2 tu sebab memang kurang gemar foods manis2. Tapi kopi gue enggak bisa tinggal donggg T__T. Tapi aku pujuk hati aku. Katakan pada perut moncet tu "dah berpuluh tahu ko tibai mcm2..rasa macam2.. tak rugi pun demi kesihatan". Betul apa? Ayah aku dulu nyampah dengar diet2 ni. Dia kata masa boleh makan..makan! Esok dah sakit takleh makan teringat2 pulak. Huhuhu.. Ye ayah.. tu zaman muda2 banyak lagi tak venture. Sekarang anak ayah dah tuo time to cut nafsu-nafsi yg dasat nih. Err.. tapi aku tak ler jawab gitu kat ayah aku. Poyo kat sini jer. Kihkihkih..;P

Dugaan sehari dua tu biasa la. Nama pun manusia degil yang hidup pun tak berapa nak disiplin. Nasi tu tak kisah sangat. Tapi roti and snack2 biasa jadi battery dari zaman opis mcm teh tarik n kopi tu buat aku tak keruan. Yang paling ngada.. time2 tu pulak aku cravings sweet snacks macam choc cake la, coklat la, pisang cheese la.. uwaaaa.. Kebetulan pulak birthday anak aku. Laki aku tiba2 pulled over Secret Recipe suh aku beli sebijik Chocolate Indulgence untuk bawak balik. Pada hal kami 4 beranak jer. And as much as we love it kami anak beranak memang bukan sweet tooth. Bayangkan berapa lama kek tu menggoda aku tiap kali aku bukak tutup peti es.

Mula2 janggal pulak makan protein jer. Telur at least 2biji sehari. Ayam daging manjang. Especially bila aku masak untuk family aku tapi aku tak makan semua lauk mcm biasa. Dengan laki aku asyik lupa belikan nasik lemak for breakfast. uwaaa... And dalam minggu pertama tu on n off pening2 lalat sikit. Menurut Atkins tu sebab badan tgh sesuaikan diri dengan diet. Nak hilang pening cuit garam sikit makan. Sebabnya bila kita high protein diet, badan akan duretic whereby banyak air dan garam dikeluarkan dari badan. Air wajib sekurang2nya 2.5litre ye. Nak kena semua system perkumuhan lebih smooth. Sebab tu kena rajin cari info and baca forum. Kalau buat buta2 takder ilmu memang bahaya.

Lama2 cravings tu dah tak jadi masalah lagi.. walaupun I still miss my coffee a lottt!! Tapi kesan positif yang berlaku hari demi hari buat aku tambah kuat semangat nak teruskan dengan istiqamah. Ewah... ;P. Pertama, aku tak letih2 lagi. Betul la nasi tu buat badan yang tak aktif lemah. Unless korang rajin workout utk bakar dia jadi tenaga. Badan cergas la. Perut moncet pun susut banyakkkk mcm tak caya aku. Agaknya dah kurang gas dlm usus aku. Anak aku pun terkejut tengok umi yang perut mcm pregnant 6bulann dah menyusut. Aku timbang lepas seminggu, angka tak bergerak. Tapi inches here and there especially kat perut tu lost a lot la. Aku rasa perut jer kurang 4inci. Hari ke 10 turun 2kg. Sengih ear to ear mak jemah ;D. Hari ni naik sekilo pulak. Tapi I'm not alarmed sebab dekat nak period.

Aku tak la turun banyak macam orang lain during induction. Ada yang lost 7kg seminggu engko! Mungkin sebab aku tak peratikan sangat hidden carbs in certain foods. Tapi ni pun Alhamdulillah for a start. Will update my progress ^_~

Roti Oopsie yang sedap baked by Masniza. <0.5g carb sahaja sebekas ^__^

Comments